0

New Blogsite For Our Shop

Wednesday, September 22, 2010
Assalamualaikum, salam 1 Malaysia..
Alhamdulillah, setelah sekian lama menjalankan perniagaan andaman dan perkhidmatan penyediaan majlis perkahwinan ini, saya selaku pengarah urusan syarikat dengan kerjasama beberapa pihak berjaya membina blog ini bagi memenuhi permintaan ramai yang inginkan maklumat lebih terperinci tentang perkhidmatan kami, produk serta jadual perjalanan syarikat.

Seiring dengan dunia globalisasi yang kian rancak dan pesat ini lah mendorong kami terus memajukan syarikat dengan membina laman blog ini. Namun begitu blog ini belum lagi dilancarkan sepenuhnya kerana masih lagi dalam urusan pembikinan. Mungkin memerlukan beberapa hari lagi untuk unit pengiklanan dan promosi menyiapkan maklumat berkaitan di dalam blog ini.

Syarikat juga akan membina page di laman sesawang facebook dan twitter untuk memberi ruang kepada pengunjung memberikan cadangan atau meneliti produk serta perkhimatan yang ditawarkan syarikat.

Dengan ini, saya selaku pengarah urusan Syurga Cinta Bridal mengalu-alukan sebarang cadangan, komen dan kritikan yang membina bagi terus memajukan syarikat ini.

Hubungi saya ataupun pembantu saya untuk mendapatkan maklumat tentang produk dan perkhimatan serta untuk membuat sebarang tempahan.

Sekian Wasalam

0 comments:

Post a Comment